Kuwait Finance House

Kuwait Finance House (Bahasa Arab: بيت التمويل الكويتي‎)(KFH) telah ditubuhkan di State of Kuwait, pada tahun 1977, sebagai bank pertama beroperasi berasaskan Syariah Islam. KFH disenaraikan di dalam Bursa Saham Kuwait (KSE), dengan satu permodalan pasaran sebanyak KWD 2.667 bilion sehingga pada 31 Disember 2008. Aset-aset berjumlah KWD 11.291 bilion and deposit-deposit sebanyak KWD 7.262 bilion.KFH menyediakan produk-produk dan perkhidmatan berasaskan Syariah Islam, meliputi perbankan, hartanah, kewangan perdagangan, portfolio pelaburan, dan produk-produk serta perkhidmatan-perkhidmatan lain.Semenjak 1980-an, KFH telah menyaksikan elbagai aktiviti-aktiviti di dalam pengembangan antarabangsa. Ia telah menubuhkan bank-bank bebas di Turki, Bahrain, dan Malaysia. Tambahan lagi, ia mempunyai saham-saham di dalam bank-bank Islam yang lain. Aktiviti-aktiviti lain di AS, Eropah, Asia Tenggara dan Timur Tengah telah menymbang kepada kenaikan keuntungan bagi KFH.KFH sentiasa berikhtiar untuk mengembangkan rangkaian tempatan meliputi 52 cawangan, ditambah dengan bahagian khusus untuk wanita. Ia menggunakan konsep pelanggan luar cawangan. KFH sudah mengukuhkan tapaknya sebagai sebuah entiti perintis di dalam menggunakan teknologi terkini bagi menemukan keperluan kepelbagaian aktiviti dalam mana ia beroperasi, menggunalan talian terus, SMS, begitu juga perkhidmatan talipon (Allo Baitak), yang telah menerima akreditasi tertinggi daripada AS Purdue University kerana paras perkhidmatan pelanggan yang luar biasa.[petikan diperlukan]